"Kenapa saya tak kejar Jason Kenny" Ini sebanya..

 


Penjelasan Datuk Azizulhasni Awang apa yang terjadi masa final keirin Olimpik Tokyo baru-baru ni!


6 orang pelumba layak ke akhir keirin masa tu, antaranya Harrie Levreysen, Jason Kenny, Jair Jon En Fa, Matthew Glaetzer, Maximilian Levy. Ok dalam keenam pelumba ni Azizul kata terdapat lima orang je yang boleh long sprint kecuali seorang pelumba je dari Surinam Jair Jon En Fa. Pelumba dari Surinam ni lebih kurang short to medium sprinter so buatkan Azizul tak risau pasal dia. 


Jadi kelima pelumba termasuk Azizul ni based on pengalaman, boleh sprint jauh dan dekat. Masing-masing ada keupayaan, jadi kena betul-betul pilih taktik yang tepat kata Azizul.


Apabila Azizul diundi dapat duduk belakang Harrie Levreysen, Azizul tak risau pun, sebab Azizul tahu bila motorbike bukak ke tepi Harrie akan ke hadapan atau setengah lap Harrie mesti ke hadapan, Azizul cuma akan cucuk je. 


Ok masa lepas mula tu Azizul melihat Kenny paling hadapan dia pun tak risau, sebab dia tahu Jason Kenny bukan jenis pecut awal, apabila dalam barisan ikut motorbike tu kita tak tahu apa jadi kat hadapan sebab sebaris tak nampak.


Dan apabila Azizul sendiri melihat video kembali masa habis final, lepas je motorbike tu keluar Azizul kata memang tak masuk akal Jason Kenny dah pergi dalam 10-20 meter. 


Kata Azizul lagi kalau ikut rule la kalau pelumba memberikan jarak lebih dari 5 meter, pengadil akan berhentikan perlumbaan dan pelumba yang memberikan gap terlampau jauh tu dia akan disqualified. Then, Azizul pun tak faham kenapa race tu tak mula balik dia pun tak sure kenapa, tapi Azizul kata dia tak nak cakap banyak dan tak nak salahkan komisar pertandingan.


Ok balik pada cerita perlumbaan, apabila Matthew Glaetzer bagi gap yang 20 meter tu, lepas ja motorbike buka, Jason Kenny terus memecut sehingga biarkan gap sampai lap tinggal 2 setengah, Kenny toleh je belakang masih jauh, Azizul kata kalau dia pun di situasi Kenny, memang makanan la Medal Gold tu. 


Sebab bagi Azizul bila Kenny duk toleh-toleh jarak masih jauh mestila keyakinan lebih kat dia, pastu kata Azizul waktu perlumbaan tu memang Kenny dah takda strength yang tinggi tapi sebab dia dah ke hadapan memang dapat kat dia. 


Soal Matthew Glaetzer tu memang Jerman dengan Belanda marah-marah dah, masa habis game tu Galetzer datang kat semua cakap sorry. 


Soalan netizen cakap kenapa Azizul tak terus potong dan terus rapat Kenny? 


Azizul jawab sapa tanya ni memang dia tak tahu langsung pasal perlumbaan ni, ok kalau Azizul terus pecut follow Kenny, kemungkinan skrip akan berubah silap-silap pingat gangsa atau no 4. Sebab kalau dah pecut awal pastu rempuh angin secara bersendirian, yang belakang mesti take over follow rapat ambil angin kita, lepas tu dah sampai garisan tamat kita letih orang potong kita.


So Azizul kata masa tu dia pilih kekal tenang duduk belakang Harrie, dan akhirnya pingat perak Alhamdulillah. Walaupun sedih takpela nak buat apa lagi.


Begitu serba sedikit perkongsian Datuk Azizul baru-baru ni masa panggilan video dibuat selepas sampai ke tanah air. Untuk Azizul good job tahniah kita boleh cuba lagi Olimpik Paris 2024. Malaysia Boleh!

Catat Ulasan

0 Ulasan