Alif Teega bakal didakwa di mahkamah hari ini

 


Pempengaruh media sosial Alif Teega bakal didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Jumaat (hari ini).

 

Perkara tersebut di kongsi menerusi laman TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

 

Menerusi kenyataan tersebut, pihak mereka telah mendapat keizinan mahkamah untuk mendakwa Alif atau Mohad Hazalif Mohd Hazani, 30.

 

Tidak dapat dipastikan sama ada isterinya iaitu Aisyah Hijanah akan dituduh pada prosiding berkenaan.

 

Malah menerusi hantaran tersebut, SPRM tidak menyatakan secara jelas tuduhan yang bakal dikenakan terhadap Aliff di mahkamah.

 

Bagaimanapun, usahawan tersebut dipercayai bakal didakwa atas dua tuduhan menyalahgunakan dan awam.


Alif dan Aisyah ditahan pada 10 Julai lalu bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam.

 

Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya sehari kemudian bagi mendapatkan perintah reman.

 

Mereka menjalani tahanan reman sehingga 16 Julai.

Catat Ulasan

0 Ulasan