Cikgu tanya anak murid 6 tahun awat sekerat? mana sebelah badan dan kepala dia?

 


Seorang cikgu zahir luah rasa kesal, terkejut pun ada, selepas lukisan yang dilukis anak muridnya mencetuskan tanda tanya.


Viral sebuah video di tiktok @angah_234, cikgu itu menanyakan kepada anak muridnya tentang lukisan yang dilakar anak murid berkenaan.


Kisahnya bermula


Lukisan anak murid yg baru umur 6 tahun..teacher tanya dia



"Awat sekerat?mana sebelah badan n kepala dia?"


Jawapan dia



"Haa ni kena kerat teacher,kena potong lehiaq dia..tangan dia..kepala dia semua kena potong².”



"Awat kena potong?"



"Sbb dia jahat la teacher..dia rampas pompuan dlm cita tu..bila org jahat kita kena kerat potong2 la dia"



Allahhhhhh..terkejut teacher anak oiii..baru tadika
😭😭..dah boleh pikiaq sampai bunuh² kerat² potong²..



Tanya anak² yg lain ni ada dlm kartun ka?depa jawab



Skibidi Toilet, teacher..ada games..Allahu,kejam sgt tu


Justeru, anak yang masih kecil tidak sepatutnya terdedah dengan cerita seperti ini, dikhuatiri akan meniru perkara yang tak elok.


Ibu bapa hendaklah memastikan apa yang ditonton anak di platform media sosial berisi kandungan yang sesuai dengan tahap umur.

 



Catat Ulasan

0 Ulasan