Pempengaruh media sosial dan
pelakon Aya Amiruddin berkata dia belum bersedia untuk membuka hati kepada
mana-mana lelaki selepas berdepan episod putus tunang.
Memetik Media Hiburan, Aya
berkata dia kini lebih senang untuk berkawan terlebih dahulu sebelum mengenali
hati budi seseorang.
Hadir bersama seorang lelaki yang
menemaninya pada Majlis Malam Gala Filem Pontianak 200KG baru-baru ini, Aya
menepis dakwaan bercinta dengan lelaki berkenaan.
“Tidak… kami hanya berkawan, tak
lebih dari itu. Terlalu awal rasanya untuk kembali bercinta.
“Saya sebenarnya perlukan masa
untuk healing selepas empat tahun saya bersama orang itu (bekas tunang),
takkanlah lepas beberapa bulan sudah bersama dengan orang lain pula kan?
“Jadi buat masa sekarang Aya
hanya nak fokus dekat karier berbanding hubungan cinta,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya
sama ada dia pernah didekati atau rapat dengan lelaki Melayu, Aya berkata ianya
tidak pernah berlaku kerana mungkin mereka ‘takut’ untuk mengenalinya.
“Masalahnya lelaki Melayu tak ada
yang nak. Tapi sekiranya ada, mengapa tidak. Namun tidak menafikan ada yang
pernah cuba untuk mendekati, namun ia tidak menjadi. Tak tahulah sebab apa.
“Saya pun tidak meletakkan
kriteria tertentu dalam hal berkaitan jodoh. Kalau Allah sudah gerakkan hati
dan itulah jodoh, saya terima sahaja.
“Cuma mungkin lah kot lelaki
Melayu ‘takut’ untuk mengenali saya. Saya tak pasti kenapa sebabnya saya tak
pernah ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki Melayu sebelum ini. Setakat
kenal-kenal begitu adalah…,” katanya.
Terdahulu, Aya pernah mengikat
tali pertunangan dengan lelaki yang dikenali sebagai Eronmose Sleem.
Kredit: Media Hiburan, Rotikaya
0 Ulasan