Suatu masa dahulu, masjid
pernah menjadi lokasi yang paling dirindui umat Islam disebabkan sekatan untuk
menunaikan solat akibat penularan wabak Covid-19.
Pada masa sama, kerajaan
menguatkuasakan Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) yang membataskan langkah
setiap individu di luar rumah selama beberapa tahun bagi mengekang penularan.
Mengimbau isu kesihatan ini yang
melanda dunia bermula hujung tahun 2019, seorang individu dikenali Don Muhammad
tampil mempersoalkan kenapa masjid masih lengang walaupun norma hidup sudah
kembali pada kebiasaan.
Pelbagai garis panduan disediakan untuk jemaah solat di masjid semasa wabak
Covid-19 melanda.
"Masa PKP
bukan main lagi melalak (bising) tak boleh pergi masjid, sampai maki hamun
orang agama.
"Sekarang
PKP dah tak ada, mana yang suka melalak tu? Tukar agama dah ke," ujarnya.
Persoalan itu diajukan Don Muhammad di
ruangan komen sebuah posting tular di Facebook selepas seorang pelayar
berkongsikan gambar keadaan di dalam masjid yang hanya kelihatan beberapa orang
jemaah.
Tambahan pula, pelayar terbabit
mengibaratkan masjid yang luas seperti Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur
tidak dikunjungi sebaliknya kebanyakan masyarakat lebih gemar ke majlis maksiat
dan konsert.
"Masjid luas macam Stadium Bukit
Jalil tapi jemaah satu saf pun tak penuh. Bukan di masjid negeri Pahang je, di
mana-mana masjid pun boleh dikatakan sama.
"Kalau konsert dan majlis-majlis
maksiat penuh sampai atas bumbung kereta pun rela panjat," tulisnya di
Facebook.
Jangan rasa diri tu terlalu suci, tak kira siapa pun kita, dia tegur perkara baik walaupun cara teguran tu macam kasar. - WARGA MAYA
Hantaran yang tular itu kemudiannya
mendapat perhatian seorang lelaki yang seolah-olah tidak dapat menerima
hakikat tentang realiti semasa yang disuarakan Don
Muhammad.
Rata-rata
warga maya menegurnya kerana tidak dapat menerima nasihat yang diberikan.
"Dia ni pergi masjid hari-hari
boleh maki orang tak pergi masjid ke? Orang solat kat surau, dia kira tak?
"Tengok Facebook dia pun penuh
gambar perempuan dengan sibuk main Forex," ujarnya sambil berkongsi
tangkap layar komen Don Muhammad.
Kelantangannya mempersoal dan
mempersenda individu lain menyebabkan warga maya tampil menegur dan menjelaskan
apa yang disuarakan dalam posting tular itu adalah benar.
"Betul apa yang dia cakap, cuma
dia hanya gunakan bahasa kasar je sebab masa PKP dulu bukan main lagi bising
kononnya cakap rindu nak berjemaah di masjid.
"Jangan rasa diri tu terlalu
suci, tak kira siapa pun kita, dia tegur perkara baik walaupun cara teguran tu
macam kasar tapi memberi kesan pada semua.
"Orang bagi nasihat selagi betul, layan je... betul la time PKP marah masjid tutup," demikian teguran beberapa warga maya.
0 Ulasan