Pemegang akaun Tiktok Dya Romantika Life menjelaskan video
yang dirakam bersama anaknya tidak menyalahi undang-undang kerana telah dirujuk kepada polis dan peguamnya.
Malahan menurutnya, siber buli sengaja mencari perhatian dan
mencetuskan kontorversi daripada kandungan video yang dimuat naik di akaunnya
bersama dengan anak sulungnya.
"Saya tak nampak di mana geli, jijik dengan content
macam tu. Malahan Anak-anak bawah umur ni pun tahu, content tu hanya lakonan
sahaja.
Saya faham sebab isu panas berkaitan abang bas ni, netizen jadi bimbang dan risau jika content saya ini menyebabkan jadi isu berkaitan kanak-kanak. Saya juga memohon maaf jika content saya tidak jelas dan memberi kebimbangan kepada orang ramai.
Saya tiada niat untuk melakukan perkara yang di larang kepada
anak-anak. Saya juga manusia biasa seperti ibu di luar sana yang ingin melihat
anak-anak berjaya. Sekali lagi saya memohon maaf, ujarnya.
Kredit: TIktok Dya Romantika Life
0 Ulasan