Selepas tular mengenai isu 'Abang Bas', satu lagi akaun
Tiktok telah berjaya menarik perhatian netizen apabila individu tersebut
menggunakan anaknya yang masih bawah umur sebagai konten.
Menerusi tinjauan, ada beberapa video yang dimuat naik
oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View
‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Meskipun mempunyai pertalian darah namun netizen beranggapan
wanita tersebut tidak sepatutnya menjadikan anaknya itu sebagai satu bahan
kandungan media sosial.
Malah akaun TikTok tersebut juga sudah menjadi bahan
perbualan netizen di platfrom X sehingga ada juga meminta Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri untuk meneliti konten
yang dikongsikan individu tersebut.
Terdahulu, tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki
dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpangnya yang dipercayai
pelajar sekolah rendah sebagai 'crush' dan 'kesayangan'.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia
tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Kredit: Astro Gempak
0 Ulasan