Wanita berdepan detik cemas ketika sesat... Motosikal ditendang, lelaki ‘tawar bantuan’ cuba rogol

 


Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir dirogol oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkannya bantuan.


Ketika kejadian, mangsa berusia 29 tahun itu menunggang motosikal bersendirian untuk bertemu rakannya.


Bagaimanapun rakannya tiada di rumah. Insiden berlaku di Ayutthaya, Thailand pada Ahad.


Rakannya kemudian menghantar lokasi kepadanya dan meminta mangsa untuk berjumpa dengannya di tempat tersebut.


Menurut mangsa, dia tidak pernah ke kawasan itu sebelum ini dan sesat. Dia menyemak peta menerusi telefon sebelum dihampiri suspek yang menunggang motosikal.


Dia meminta suspek supaya berhenti bagi mendapat bantuan. Suspek kemudian berpura-pura menawarkannya bantuan dengan menemaninya ke lokasi rakannya sambil berkata 'bahaya berjalan bersendirian'.


Bagaimanapun, lelaki itu membawanya ke satu jalan yang sunyi sebelum memberhentikan motosikalnya dan menyerang mangsa.


Motosikal wanita itu ditendang menyebabkan mangsa terjatuh dan suspek cuba untuk merogolnya.


Mangsa kemudian memperdaya suspek dengan mencadangkan supaya mereka pergi ke hotel, namun suspek tidak yakin dengan cadangan tersebut.


Mujur sebuah kereta melalui jalan sama dan mangsa mendapatkan bantuan daripada pemandu berkenaan sebelum suspek melarikan diri.


Susulan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian. Polis kini sedang menjalankan siasatan dan menjejaki suspek. -Thaiger

Catat Ulasan

0 Ulasan