Azman Abdul Rahman (tengah)
diiringi pegawai polis selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Melaka.
FAIL MAHKAMAH: “Kemarahan memuncak
seolah-olah bertukar menjadi power rangers dan pukul arwah hingga mati”.
Artikel berkaitan: Hukuman mati bapa bunuh anak tiri kekal
Itu kenyataan tertuduh, Azman Abdul Rahman, 37, di mahkamah, kata penguambela tertuduh, Arik Zakri Datuk Abdul Kadir.
Firdaus Mohd Dan, 6 tahun, maut dipukul dengan dahan kayu, rotan dan ditendang dengan kasut keselamatan oleh bapa tiri sehingga maut.
Ketika
kejadian pada 10 Oktober 2011, mangsa yang ketika itu bersama bapa tirinya
(tertuduh) dan seorang pekerja ke kebun sawit di Kampung Solok Pinang, Gadek,
Alor Gajah, menaiki sebuah kereta bagi menyelesaikan rutin kerja tertuduh.
Namun
ketika dalam perjalanan mangsa ada memberitahu tertuduh untuk membuang air
besar, tetapi disuruh menahan.
Akibat
itu mangsa membuang air besar di dalam kereta sehingga mendatangkan kemarahan
kepada tertuduh.
Tertuduh tidak dapat
mengawal kemarahan sehingga bertindak memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan
dahan, rotan dan juga menendang mangsa dengan kasut keselamatan.
Tindakan
tertuduh dihalang pekerjanya namun gagal.
Mangsa
yang tidak sedarkan diri dengan pendarahan di telinga disedari pekerja
tertuduh, sebelum membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah, namun disahkan
meninggal dunia.
Menurut
Arik Zakri, tertuduh di peringkat Mahkamah Rayuan berkata, tertuduh telah
menggunakan pelbagai barang untuk menyakiti mangsa.
“Bila
kita buat kerja bertukang kita akan memakai safety boot dan dia telah menyepak
dan menggunakan kekerasan ke atas kanak-kanak tersebut..” katanya dalam program Fail Mahkamah.
Mereka
ada kumpul dahan kayu dan menggunakan kayu tersebut untuk memukul dan menyebat
di bahagian belakang dan depan sampai patah.
Mengimbas
kembali kejadian, S.Vijayaretnam, peguambela tertuduh di peringkat Mahkamah
Persekutuan berkata, tertuduh memukul mangsa bertalu-bertalu.
“Dan
mengikut keterangan saksi yang mengikut tertuduh ketika itu, saksi itu
menyatakan dalam keterangan bahawa mangsa itu telah dipukul bertalu-talu oleh
Azman sehingga pengsan.”
Berdasarkan
hasil pemeriksaan, Doktor Alywin Vincent mengesahkan mangsa telah meninggal
dunia dan pihak hospital menghubungi polis bagi menjalankan siasatan terhadap
kematian si mati.
Hasil
bedah siasat mendapati terdapat 72 kesan kecederaan pada jasad mangsa terutama
pada bahagian otot, paru-paru, kepala dan perut berpunca daripada hentakan kuat
menggunakan benda tumpul.
Pada
5 Jun 2015, Mahkamah Tinggi di Melaka menjatuhkan hukuman mati terhadap Azman.
Artikel berkaitan: Hukuman mati bapa bunuh anak tiri kekal
0 Ulasan